I Love Allah . Islam Itu Indah . I Love Islam

thumb2

Israel dan Google telah letak Dead Sea Scrolls dalam talian

- - Unknown

Israel dan Google telah letak Dead Sea Scrolls dalam talian
Lima dari manuskrip yang berusia 2,000 tahun itu kini boleh dilihat oleh sesiapa sahaja dengan komputer - bersama-sama dengan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris.

Dua ribu tahun selepas ia ditulis dan berdekad selepas mereka ditemui di gua padang pasir, beberapa Dead Sea Scrolls(Skrol Laut Mati / Naskhah Laut Mati) telah berada dalam talian untuk kali pertama dalam projek yang dilancarkan oleh Muzium Negara Israel dan Google.

Kemunculan lima lembaran yang paling penting di internet ini adalah sebahagian daripada percubaan yang lebih luas oleh penjaga manuskrip yang diraikan itu - yang pernah dikritik kerana membenarkan mereka dimonopoli oleh para ilmuan sahaja - untuk membuat mereka tersedia untuk semua.

Skrol-skrol itu termasuk Buku alkitab Yesaya (Isaiah), manuskrip yang dikenali sebagai Temple Scroll, dan tiga yang lain.

Pengguna web boleh mencari imej resolusi tinggi skrol-skrol bagi petikan-petikan tertentu, membesarkannya dan menterjemah ayat-ayat ke dalam bahasa Inggeris.

Salinan asalnya disimpan dalam peti besi yang selamat di dalam bangunan Jerusalem yang dibina khusus untuk menempatkan mereka. Akses memerlukan sekurang-kurangnya tiga kekunci yang berbeza, kad magnet dan kod rahsia.

Kelima-lima skrol itu adalah antara yang dibeli daripada peniaga barangan antik oleh penyelidik Israel antara 1947 dan 1967, setelah terlebih dahulu dijumpai oleh gembala-gembala Badwi di padang pasir Judah.

Skrol-skrol itu dianggap oleh orang ramai sebagai penemuan bahan arkeologi yang paling ketara abad ke-20. Mereka termasuk salinan terawal yang diketahui daripada Alkitab dalam bahasa Ibrani (Hebrew). 

Mereka dianggap telah ditulis atau dipungut oleh mazhab Yahudi bertapa yang melarikan diri dari Jerusalem ke padang pasir 2,000 tahun yang lalu dan menetap di Qumran pada tebing Laut Mati(Dead Sea).

Beratus-ratus manuskrip yang terselamat di dalam gua berhampiran kawasan itu telah memberi penerangan tentang pembangunan Injil Ibrani dan asal-usul agama Kristian.

Kitab-kitab yang paling lengkap dipegang oleh Muzium Israel, manakala lain-lain kepingan besar dan kecil serpihan di institusi lain dan koleksi peribadi.

Berpuluh-puluh ribu serpihan dari 900 manuskrip Laut Mati dipegang oleh Pihak Berkuasa Antikuiti Israel, yang telah memulakan projek sendiri untuk meletakkan mereka dalam talian bersama-sama dengan Google.

Projek, yang bertujuan terutamanya terhadap para ilmuan, dijangka lengkap menjelang 2016, di mana pada peringkat itu hampir semua Kitab-kitab akan tersedia di internet.

Ia boleh dilayari dan dibaca di http://dss.collections.imj.org.il



[The Guardian , Unikversiti , Washington Post]


Dead Sea Scroll ini adalah antara yang paling penting untuk dikaji, kerana melibatkan kesahihan kandungan AlKitab @ Bible yang dipakai oleh mazhab-mazhab Kristian sekarang, yang dikatakan telah banyak diubah-suai dari kandungan asal oleh kerajaan Rome dulu dan seorang ahli falsafah keturunan Yahudi kacukan Yunani iaitu Paul @ Paulus.

Ditambah lagi, lain mazhab di dalam Kristian, maka lain pula versi AlKitab yang dipakai dan kandungannya tidak sama. Begitu juga dengan bilangan Surat di dalamnya juga tidak sama.

Walaubagaimana pun, mesti berhati-hati juga, kerana ada kemungkinan Dead Sea Scroll ini hanya propaganda sahaja.

Kepada mereka-mereka yang terlibat dalam ilmu perbandingan agama, kita tengok dulu apa perkembangan seterusnya nanti tentang Dead Sea Scroll ini.
Continue reading

thumb2

Kota Mesir kuno yang hilang di dasar Laut Mediterranean kini didedahkan

- - Unknown

Ia adalah sebuah kota yang diselubungi mitos, ditelan oleh Laut Mediterranean dan tertanam di dalam pasir dan lumpur untuk lebih daripada 1,200 tahun. Tetapi kini ahli arkeologi telah membongkar misteri Heracleion, mendedahkan artifak-artifak menakjubkan yang dipelihara dengan baik.

Franck Goddio dan pasukan penyelamnya memeriksa patung firaun. Patung amat besar itu dibina dari granit merah dan berukuran lebih 5 meter


Dikenali sebagai Heracleion oleh orang-orang Yunani purba dan Thonis kepada orang-orang Mesir purba, kota (bandar) ini telah ditemui semula pada tahun 2000 oleh ahli arkeologi bawah air Perancis iaitu Dr Franck Goddio dan pasukan dari European Institute for Underwater Acheology (IEASM) selepas satu kajian geofizik selama empat tahun. Runtuhan kota yang hilang itu ditemui 30 kaki di bawah permukaan Laut Mediterranean di Aboukir Bay, berhampiran Alexandria.

Franck Goddio dengan tugu Heracleion utuh dan bersurat (1.90 m)


Penyelidik juga telah mendedahkan pelbagai artifak keagamaan di bandar tenggelam itu, termasuk ukiran batu 16 kaki dianggap telah menghiasi kuil pusat bandar dan sarcophagi batu kapur yang dipercayai  mengandungi haiwan mumia.

Tetapi di sebalik semua keseronokan ke atas penggalian itu, satu misteri tentang Thonis-Heracleion kekal sebahagian besarnya tidak dapat diselesaikan: Mengapa sebenarnya ia tenggelam? Pasukan Goddio mencadangkan berat bangunan besar di gelanggang tanah liat menyebabkan air masuk di rantau ini dan tanah pasir mungkin telah menyebabkan bandar tenggelam ekoran gempa bumi.









Patung gangsa Osiris, yang dibunuh dan dibangkitkan sebagai raja-tuhan. Lambang tipikal kuasa (cangkuk dan pemukul) telah hilang. Mata terbuka diserlahkan oleh kepingan emas halus.


 Patung gangsa Firaun dinasti ke-26, yang ditemui di kuil di kawasan Amon di Heracleion




Lampu minyak Gangsa (tempoh Hellenistic, kira-kira abad ke-2 SM) ditemui di kuil Amun


 Franck Goddio memeriksa batu dengan serpihan emas (abad ke 6 - 2 SM)


Sebuah bekas emas (Phiale) diperolehi daripada Thonis-Heracleion 


 Colossus ratu Ptolemaic dibuat daripada granit merah. Seluruh patung berukuran 490 cm tinggi dan berat 4 tan









 



Continue reading

thumb2

Sejarah Islam Yang Dilenyapkan: Siapa Heyreddin Barbarossa?

- - Unknown


As'salamualaikum dan salam sejahtera semua, minta maaf lah sebab dah lama tak update blo nih..Admin pun busy, mungkin ada yang dah tahu pasal cerita nih..dan mungkin ada yang belum tahu,..Tapi xpe..mari kita baca. ~


Korang ingat lagi watak Barbarossa dalam filem Pirates of Carribean? Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol armada Barbarossa di layar perak.

Sebenarnya, sekitar abad ke-15 Masihi, bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai Lautan Mediterranean yang mendapat jolokan ' The Barbarossa Brothers '.

Acap kali kapal dagang Eropah yang berlayar membawa muatan berharga akan dirompak oleh dua beradik ini di perairan tersebut. Nama Barbarossa amat popular sehingga menggerunkan tentera Salib pimpinan Raja Sepanyol, Raja Ferdinand II.

Siapakah Barbarossa yang ditakuti oleh Eropah itu?

Sebenarnya, gelaran itu bukanlah nama seseorang. Perkataan Barbarossa merupakan gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu ' barber ' (janggut) dan ' rossa ' (merah).

Nama itu adalah jolokan yang diberi oleh pelayar Eropah terhadap Aruj dan Heyreddin @ Khairaddin, dua beradik yang memiliki janggut kemerah-merahan.

Jihad Aruj dan Heyreddin

Dua beradik ini dilahirkan di Turki, merupakan golongan pelaut yang sering belayar di perairan Yunani dan Turki. Suatu ketika kapal mereka telah diserang oleh tentera Kristian sehingga mengorbankan adik bongsu mereka. Sejak itulah, dua beradik ini bertindak merompak kapal-kapal bangsa Eropah yang dikuasai oleh puak Kristian.

Penaklukan empayar Islam di wilayah Andalusia (Sepanyol) pada 1492 (Masihi) dalam Perang Salib pimpinan Raja Ferdinand II yang mengorbankan jutaan nyawa umat Islam telah membangkitkan semangat jihad dua beradik ini.

Mereka berdua turun padang membantu menyelamatkan ribuan umat Islam dari Sepanyol hingga ke Afrika Utara dan membangunkan pertahanan laut yang kuat di Al-Jazair.

Tujuannya untuk menghalang gelombang serangan pasukan salib dan Afrika Utara menuju ke tanah barakah, Palestin. Angkatan laut mereka sukar dicabar, digeruni pihak lawan.

Pada tahun 1518, hasil hasutan Sepanyol telah berjaya membuat pemerintah kota Tilmisan berperang dengan Aruj. Dia gugur dalam pertempuran itu.

Tinggallah Heyreddin seorang, memimpin angkatan laut ketika itu. Sepanyol menyangka benteng Barbarossa dua beradik sudah lemah. Lalu dihantar 20 ribu tenteranya ke Al-Jazair. Sangkaan Sepanyol silap. Heyreddin membuktikan pasukannya kuat walaupun Aruj sudah tiada. Dia berjaya mengusir angkatan tentera Sepanyol.

Atas kehebatan itu, pemerintah Islam ketika itu telah memberi darjat yang tinggi buat Heyreddin. Dia dilantik menjadi wakil khalifah wilayah Al-Jazair selain mengepalai beberapa pasukan ketenteraan. Di bawah pimpinannya, ramai umat Islam di Andalusia berjaya diselamatkan daripada kekejaman tentera salib.

Malah, pasukan tentera laut Heyreddin juga berjaya mengawal sepenuhnya pelayaran di sekitar laut tengah membuatkan pasukan tentera salib mati kutu. Beberapa kali serangan dilakukan, tidak berjaya melumpuhkan seteru mereka.

Pernah Itali dan Sepanyol bergabung memimpin 40 buah kapal dengan senjata yang jauh lebih hebat. Namun, dengan kebijaksanaan Heyreddin yang hanya memimpin 20 buah kapal, beliau berjaya mengalahkan, bahkan mengusir bahtera serangan tentera Kristian itu.

Keberanian dan kecerdikan Heyreddin menggerunkan lawan. Hingga pasukan tentera salib gusar dan melakukan pelbagai cara untuk mengelak daripada bertembung dengan pasukan Barbarossa itu. 

Semangat juang jihad Heyreddin dipandang tinggi. Justeru tidak hairanlah, setelah beliau meninggal dunia pada 1546, makammnya di Besiktas di Istanbul tetap dikunjungi ramai orang dan dikenang sebagai pahlawan Islam terbilang.

Imej Barbarossa dimanipulasi

Namun, legasi Heyreddin sebagai pahlawan Islam terbilang bukanlah sesuatu yang menggembirakan Barat. Mereka tidak mahu sosok digelar Barbarossa yang digeruni mereka satu ketika dulu menjadi sebutan. Tambahan pula dia adalah pahlawan Islam.

Watak Barbarossa di dalam filem Pirates of Carribean.
[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Jadi, Barat memulakan manipulasinya. Mereka menulis dan mewujudkan semula ' watak ' baru ciptaan mereka yang melenyapkan gambaran sebenar Barbarossa sama ada dalam komik, buku mahupun filem. Watak Barbarossa digambarkan sebagai lanun jahat. Segala unsur negatif dipadankan dengan watak itu. 

Contoh paling mudah untuk anda ingat, watak Barbarossa dalam filem Pirates of Carribean. Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol dan imej jahat Barbarossa.

Sedangkan hakikat yang sebenarnya jauh berbeza dengan identiti Barbarossa sebenar. Bendera kapal Heyreddin sebenarnya adalah berwarna hijau yang tertulis kalimah surah Ash-Shaff ayat 61:13 berupa doa Nashrun.

Bendera sebenar milik kapal Barbarossa.
[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.

Manakala di tengahnya pula terdapat gambar dua pedang bersilang yang mengambil simbol pedang Zulfikar, milik Rasulullah s.a.w. Manakala empat bulatan di tepi pedang itu semua adalah kaligrafi nama empat khalifah Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Lihatlah, betapa susuk pahlawan terbilang ini dipropagandakan oleh Barat lalu dimunculkan sebagai watak beraura negatif. Barbarossa bukan lanun jahat. Bukan juga diiringi simbol tengkorak.

Sebaliknya, beliau adalah pejuang umat Islam. Pahlawan yang berjihad demi Islam ini amat digeruni oleh puak Kristian dahulu. Ini hakikatnya mengapa simbol-simbol sebenar pahlawan Islam ini perlu diubah dan dilenyapkan!

- Sumber Majalah Mastika -
[+] Klik untuk dapatkan tampilan yang lebih jelas.
Continue reading

thumb2

Baca dan hayatinya...mungkin akan buat kita termenung sejenak.. [Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah

- - Unknown

Baca dan hayatinya...mungkin akan buat kita termenung sejenak..
[Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

>>sayangilah orangtua kita, sementara mereka masih ada...
kepada yg sudah kehilangan orangtua, sedekahkan al-fatihah dan kirimkanlah doa buat mereka...<<

saya sayang ayah saya
Continue reading

thumb2

Pernah tengok Muhibbudin melelong kan motosikal dia di FB. .Inilah cerita sebenarnya, .

- - Unknown

Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Ghaza dia hanya berbaju lengan panjang kain kapas nipis walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini ada cerita sebenarnya.

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Kees
okan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina".

Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.

Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya.

Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. Dia tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. Allahuakbar. Moga-moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak.

900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata anak muda berjiwa kental ini.

Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku.

Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di sini.

3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. Hanya ibu yg memahami si anak. Tanpa bertanya, si ibu meredhakan.

Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu".

Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah tak ada."

Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh kepalanya.
Continue reading

thumb2

Rasa tension??

- - Unknown

HAH!! ini ada tip untuk hilangkan rasa tension dan rasa nak marah..Tidak perlu bayar guna duit..Hanya perlukan air..murah2 je..

♥ Ayat suci Al-Quran..bila kita rasa tension,rasa bengang..jgn risau..Bacalah ayat-ayat Allah yang indah..InsyaAllah,rasa tenang tu akan datang..Bacalah..selepas perasaan tens
ion kita tu hilang sedikit..ambil wudhuk..InsyaAllah,air yang mengalir tu menyejukkan badan2 kita yang sedang membara itu..

♥ Seterusnya..menunaikan solat..yang nie most important..=)..klu kita ambil masa..tak lama kejap jer..buatlah solat sunat taubat..Mohon keampunan kepada Allah..itu semua ujian buat kita ..jgn fikir tiada tempat untuk mengadu..Allahlah tempat yang paling sesuai untuk kita mengadu..jangan pernah rasa keseorangan..Allah sentiasa bersama kite..yang paling penting solat fardhu jgn pernah ditinggalkan..berdoalah supaya dijauhkan daripada sifat suka memarahi..InsyaAllah selepas itu..kita rasa tenang sangat..tak percaya..try la buat..

♥ then,zikirlah banyak-banyak..tak guna duit pun..Hanya guna mulut sahaja..ambil masa..untuk berzikir...tak semestinya dalam solat sahaja kita berzikir..waktu kerja..bila-bila masa sahaja..berzikirlah..selawat banyak2..InsyaAllah,Allah akan bantu kita ..yang penting ingat ALLAH selalu..=)

itulah beberapa tip untuk hilangkan rasa tension..ada banyak sebenarnya..cuma inilah salah satunya..ada tiga tips..yang penting DOA..doa itu senjata umat islam..Ingat..KEBAHAAGIAAN itu suatu kesyukuran buat kita..Allah tidak akan timpakan ujian yang berat untuk seseorang itu melainkan dia kuat untuk menghadapinya..Perasaan marah itu adalah ujian Allah ..cuma kita jer..macam mana kita erlu mengawalnya..jangan biarkan nafsu amarah itu mengawal diri kita..bila ia berlarutan..itulah jadinya..sampai nak pukul-pukul orang dan sebagainya..yang penting ilmu tauhid itu perlu kita dalaminya..wallahuklam..~

Credit to my friend : Fatin nabilah razak
Continue reading

thumb2

Aurat Wanita.. Kesilapan yang seringkali dilakukan!

- - Unknown


Salam mesra kepada semua..
Admin akan kongsikan dengan anda tentang kesilapan yang sering dilakukan dalam hal berkaitan dengan aurat wanita.

Info ini saya dapat hasil pembacaan saya dari satu artikel yang dikirimkan oleh murni noni (murnizm@gmail.com). Saya rasakan info nya sangat bagus dan perlu diperhebahkan kepada seramai orang yang boleh. Jadi, saya kongsikan info tersebut. (*Saya hanya ambil poin-poin yang penting-penting saja). : -
Daniena Hakimi.

KESILAPAN WANITA MEMAHAMI TENTANG AURAT

Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnya seperti berikut :-

KESALAHAN PERTAMA :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA :
Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA :
Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT :
Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA :
Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM :
Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH :
Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN :
Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR.” (an-Nur: 31)

KESALAHAN KESEMBILAN :
Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH :
Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja dia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya. Kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : “Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)
Pakailah tudung mengikut syariat sebenar
Sekian, semoga saya dan kita semua dapat beringat dan amalkan apa yang kita tahu.

Continue reading