Rahsia Air :-
Bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.
Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau
membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut
apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom
Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau
memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan
oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu,
mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat
daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai,
empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa
cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan
mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan
sebagainya.
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang
cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian
bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para
hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air
itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan
sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian
beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka
dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu
salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila
ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah
seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah
Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin
kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik
bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau
kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu
berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat
Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah
yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan
memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu
yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu
daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air
jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh
ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Gambar adalah antara
contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah
didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang
dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
wallahualam~
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Gambar adalah antara contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
wallahualam~
0 comments:
Post a Comment