-
Wanita yang dilindungi oleh Allah dan malaikat kerana membaca surah Kursi
Kisah
benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang
bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat
kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang
diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada
masa itu.
Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di
jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.
Tiba-tiba
dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding
di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa
yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon
keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan
agar Allah membantu dia disaat itu.
Masa dia melepasi tempat
lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki
itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat
sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam
akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang
tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit
selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki
kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.
Atas
rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni
dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang
dicari.
Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak
jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia
keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu
selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman
dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).
Dia pun tanya perogol itu..
“Why don’t you do anything to me on that night even though you know
that I’m alone?” (Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu
walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)
Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with
you. One on your right side and the other one was by your left side. If
you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan
berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)
Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
p/s : MORAL CERITA INI???
Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan
memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin
dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan
Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.
“…Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya …” [Dari Abdullah bin ‘Amr
r.a.]
Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada
pandangan ku… semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat… sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan
senjata orang mukmin iaitu DOA….
Semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam……. InsyaAllah..
This entry was posted in
Kisah Teladan
Bookmark the
rel='bookmark'>permalink.
0 comments:
Post a Comment