-
Umat Islam Akhir Zaman Akan Ikut Perangai Yahudi
Daripada
Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda
: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal
demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke
lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai
Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW
menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)
Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman
nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan
dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang
Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan
diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka
menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.
0 comments:
Post a Comment