-
Ingin tahu perangai seseorang melalui cara jalan.
As'salamualaikum. . haha. sorrylah sebab admin x sempat nak update blog ni. sebab admin minggu depan admin nak periksa dah. Doakan lah admin lulus. .Aminn~. .Jadi Admin terpaksa settlekan malam ni juga. .Hari ni admin nak share satu tips pasal mengetahui perangai seseorang melalui cara jalan. .Admin pernah cuba try dekat kawan-II admin, ,Dan ternyata ianya betul. . .Tak Tipu~
-Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita
yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung
perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal
dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka
membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang
dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati,
kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
-Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai
yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman
sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha
untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
-Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan
melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya
akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh
dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti
ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang
berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin
akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia
tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
-Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang
hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang
pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang
lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat.
Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang
yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri
-Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah
dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia
dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan
untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan
dirinya sendiri.
-Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita
ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya
dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin
menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini,
dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia
menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat
romantiknya.
-Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya,
ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke
belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang
mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan
wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung,
kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
This entry was posted in
Tips-tips
Bookmark the
rel='bookmark'>permalink.
2 comments:
Hati-hati dalam mposting/majang tautan...!
Post a Comment