I Love Allah . Islam Itu Indah . I Love Islam

thumb2

ALLAH BERHAK BERI HIDAYAH WALAUPUN TERHADAP INSAN LAKUKAN KEJAHATAN

- - Unknown


ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” (Surah al-An’am, ayat 125).

Allah Maha Berkuasa untuk mengurniakan petunjuk dan hidayah-Nya kepada yang dikehendaki-Nya. Hanya dengan petunjuk dan hidayah Allah saja dapat mengubah manusia dan kehidupannya dari kekufuran kepada keimanan, kemaksiatan kepada ketakwaan, kezaliman kepada keadilan, kegelapan kepada cahaya kebenaran dan kegelisahan kepada ketenangan jiwa.

Hidayah itu ialah petunjuk yang dikurniakan Allah kepada manusia untuk mencapai kesejahteraan serta kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa memohon hidayah petunjuk daripada Allah ke arah jalan yang benar.

Lebih-lebih lagi perjalanan hidup berliku yang ditempuhi setiap insan menuntut ketabahan, kesabaran dan pertolongan Ilahi supaya dia berjaya dalam hidup. Oleh itu, Islam mensyariatkan amalan berdoa dan memohon petunjuk daripada Allah.
Hidayah petunjuk yang dianugerahkan Allah sebenarnya tidak boleh diukur berdasarkan keadaan lahiriah semata-mata. Sebaliknya, ia bergantung kepada keimanan dan ketakwaan yang bertapak kukuh dalam jiwa. Dalam erti kata lain, Allah mengurniakan hidayah kepada hamba yang beriman dan bertakwa.

Hidayah Allah tidak ada kaitan dengan hubungan pertalian darah atau kekeluargaan. Seseorang yang taat dan hidup bahagia dengan hidayah Allah, tidak semestinya anaknya juga begitu. Contohnya, Nabi Nuh dan anaknya serta Nabi Muhammad SAW dengan bapa saudaranya, Abu Lahab.

Ada juga orang fasik yang sentiasa bergelumang dosa tetapi anaknya seorang yang salih dan patuh ajaran Islam. Ini berlaku kepada Nabi Ibrahim dengan ayahnya, pengukir patung berhala.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh menyangka orang yang selalu melakukan kejahatan tidak akan mendapat hidayah Allah kerana hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa dikehendaki-Nya.
Nabi dan rasul, tugasnya menyampaikan kerana tidak ada siapa yang dapat memberi petunjuk melainkan Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Tidaklah kamu diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk, (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk) akan tetapi Allah juga yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang peraturan-Nya). Dan apa juga harta halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri. Dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah. Dan apa juga yang kamu dermakan dari harta yang halal akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.” (Surah al-Baqarah, ayat 272)

Ibnu Kathir dalam kitab tafsirnya, Tafsir al-Quran al-Azim ada menyebut sebab turunnya ayat kerana ada beberapa orang Islam yang bersedekah kepada fakir miskin penduduk Madinah, kemudian setelah ramai bilangan yang masuk Islam, maka Rasulullah SAW menegah memberi sedekah kepada orang musyrikin.
Tujuannya ialah untuk menarik mereka supaya menganut Islam kerana Rasulullah SAW sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka. Lalu turunlah firman Allah yang memerintahkan Baginda supaya terus memberikan sedekah kepada mereka.

Biarpun hidayah menjadi milik mutlak Allah, namun umat Islam dituntut untuk menyampaikan dakwah Islam kepada bukan Islam supaya beriman kepada Allah.
Dakwah yang baik dan berkesan hendaklah berpaksikan kepada tiga kaedah iaitu berdakwah secara hikmah atau bijaksana, memberi pengajaran atau contoh teladan baik dan bertukar fikiran atau berdialog dengan cara lebih baik.

Oleh itu, setiap Muslim perlu mempergiatkan usaha untuk berdakwah dan bersabar dalam menjalankan usaha dakwah Islamiah kepada bukan Islam supaya ia mencapai matlamat yang disasarkan iaitu keadilan Islam, keharmonian hidup serta kecemerlangan dalam hidup.

Hidayah dan petunjuk Allah akan sentiasa mengiringi setiap langkah dan jalan diterokai orang beriman dan bertakwa kepada-Nya dalam rangka untuk menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

Copy email from Daniena Hakimi.
Continue reading

thumb2

Wasiat Nabi kepada Saidina Ali . Tiap sesuatu ,ada penyakitnya..

- - Unknown

❖ Penyakit berkata-kata adalah
bohong .
❖ Penyakit ilmu adalah lupa .
❖ Penyakit ibadah adalah riak .
❖ Penyakit akhlak adalah
memuji diri sendiri .
❖ Penyakit pemurah adalah
menyebut-nyebutpemberian .
❖ Penyakit bangsawan adalah
merasa bangga .
❖ Penyakit malu adalah lemah .
❖ Penyakit mulia adalah
menonjolkan diri .
❖ Penyakit kaya adalah kikir dah berlebih-lebihan .
❖ Penyakit agama adalah hawa
nafsu .
Continue reading

thumb2

Benarkah Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012?

- - Unknown

(As'salamualaikum. .Mungkin ramai yang pernah dengar pasal ni, tapi xpe kita baca balik. .Tak percaya tak apa. asalkan kita tahu kejadian ini. .Semuanya ketentuan Allah ..Dan ianya mungkin diramalkan akan berlaku lebih awal daripada tarikh tersebut )

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke
 tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Continue reading

thumb2

- - Unknown

Tuhan mengizinkan kita disakiti ,
agar esok kita tahu cara untuk mengubati orang yang terluka. . .
Tuhan membuat kita menangis ,
agar esok kita mampu menghibur orang yang bersedih. .
Tuhan menjadikan kita manusia dengan kelemahan dan kelebihan agar kita sedar dan tahu bahawa dengan hanya BERDOA dan BERUSAHA . Tuhan akan menjadikan segalanya indah pada waktunya . . .~
Continue reading

thumb2

Kisah seorang pelacur yang masuk syurga. .~

- - Unknown



Satu hari, saya ternampak satu orang wanita yang pakaiannya masyaAllah macam bukan pakaian orang islam..kesian dia saya tengok.. tapi yang menyayat hati saya bila saya tengok dia telah memberi makan kepada seekor kucing yang sangat kurus kelaparan dengan tangannya.. terus teringat satu cerita yang diceritakan oleh rasulullah..

seorang orang pelacur yang melihat seekor anjing dalam kehausan, dan pelacur ini tadi telah menanggalkan kasutnya lalu mengambil air didalam perigi dengan susah payah, bajunya kotor.. lalu nmemberi minum kepada anjing tadi dengan kasutnya yang menyebabkan Allah masukkannya ke dalam syurga..

kalau nampak orang tak pakai tudung ke..tak ttup aurat ke..tak solat ke.. kene kesian kat die n doa dalam hati agar Allah bagi hidayah pada dia. yaAllah terimalah amalan wanita ni..walaupun dia macam ni.. Kau terima lah amalan dia menyebabkan dia masuk syurga..lepas dari azab kau..

Ahmad bin Husain Rah. (cicik kepada Nabi s.a.w) pernah berkata " Jangan lah kamu memandang remeh terhadapat sesuatu amalan..kemungkinan besar Allah campakkan keredhoaannya dalam amalan itu, Janganlah kamu memandang rendah kepada seseorang, kemungkinan besar dia itu dikalangan Auliya'(orang2 yg hampir dengan Allah).

YaAllah Kau jadikan lah hati setiap orang islam kasih pada orang lain.. janganlah ada benci dalam hati setiap hati orang islam.. satukan lah hati orang islam yaAllah..
Continue reading

thumb2

Kisah Sebatang Sugi...Subhanallah..!

- - Unknown


Satu hari ada seorang hamba Allah yang pada mulanya dia jauh sangat dengan agama..solat tak..puasa tak.. ape pun tak.. orang yang hari2 buat maksiat..takde kerja.. kerja sekejap kene buang.. satu hari ni ada seorang pakcik tabligh ajak dia pergi program masjid 3 hari di satu kawasan.. maka selama 3 hari tu dia banyak menangis pada Allah.. setiap kali doa dia menagnis mengenangkan dosa2 yg telah dia lakukan.. selepas dia balik daripada ikut Program 3 hari ni.. kehidupan dia sangat berubah.. tak tinggal solat 5 waktu berjemaah di Surau.. sangat rajin menolong ibu bapa die..orang kampung menjadi suka kepadanya..dan yang paling best dia sangat menjaga sunnah nabi saw..terutamannya memakai SUGI..

Satu hari dia nampak ada jawatan kosong di pejabat kesihatan.. dan dia cuba apply untuk bekerja di situ.. segala puji bagi Allah.. dia telah dipanggil untuk di temuduga.. masa temuduga dia terbawa sugi di dalam poket baju
die.. penemuduga pon nampak sugi dalam poket die.. orang tu tanya.. "apa tu??" dia kata.. "ohh.. ini sugi..sunnah nabi.. " penemuduga tadi pon bertanya " boleh tak kamu terangkan apa kelebihan memakai kayu sugi.. walaupun zaman sekarang dah ada berus gigi?" dia pun teringat masa ikut program tu.. dia ada terbaca satu buku yang menerangkan 99 fadhilat menggunakan sugi.. dia pun bagitau..

1) mensucikan mulut
2) menguatkan ingatan
3) Mudah ucap kalimah lailahailillah sebelum mati
.
.
.
.
.
.
.
99) Allah sayang siapa yang ikut sunnah nabi saw..

fuhhhh!! bayangkan mcmana penemuduga tadi mendengar 99 fadhilat menggunakan sugi.. dengan berkat sebatang KAYU SUGI.. dia telah dapat kerja di Pejabat Kesihatan..

yaAllah..ampunkanlah saya dan semua ummat ini yang masih tidak ada cinta pada sunnah Nabi saw,, yaAllah muliakanlah kami dengan sunnah nabi saw.. yaAllah matikanlah kami dalam mengamalkan sunnah nabi saw.. yaAllah ampunkan lah saya Muhammad Saifudin insan yang PENDOSA ini...
Continue reading

thumb2

Innocence Of Muslim . .mari kita lihat

- - Unknown

Film 786(innocence of muslim) adalah sebuah film yg dibuat di Holland tentang lawak mengenai Nabi Muhammad SAW yang kita cintai. 60 juta masyarakat muslim dpt menghancurkan ekonomi Holland dengan waktu kurang dari 5 minit dgn cara mengirimkan pesan ini, Mudah2han kita dapat menjawab pertanyaan dari Allah SWT kepada kita, ketika Allah SWT menanyakan kepada kita nanti mengenai apa tindakan yang kita lakukan ketika Rasul yang dicintai Nya dijadikan bahan lawak? Denmark telah mengalami kerugian...tolong jangan biarkan pesan ini berhenti di hp atau PC anda. Seperti yg anda ketahui, semua surat kabar Denmark memuat lawak tentang Nabi Muhammad SAW dan sampai sekarang mereka juga tidak menyesal. Jom kita buat mereka menyesal dengan perbuatan mereka... The Danish Ambassador, Perdana Menteri dan Den
mark Nasional Channel; sekarang sdg berusaha melakukan sesuatu utk menghentikan boikot yg dlakukan oleh umat muslim sejak 1 bulan lepas, dimana atas pemboikotan tersebut mereka mengalami kerugian sekitar £ 4 Miliar. Jika kita terus melakukan boikot terhadap produk2 Denmark dalam 7 bulan atau lebih akan mengakibatkan mereka dpt kehilangan £ 80 milyar. Percayalah, jangan stop untuk meneruskan pesan ini sebanyak mungkin kpd saudara-saudara muslim.. yakinlah anda dapat melakukannya dlm waktu 15 minit utk menyebarkan kpd saudara2 muslim lainnya....SECEPATNYA? INGAT RASULULLAH MUNGKIN AKAN MENANYAKAN KEPADA KAMU (MEMINTA JAWAPAN) DIHARI PEMBALASAN NANTI, APA YANG TELAH KAMU LAKUKAN KETIKA MEREKA MENJADIKANKU SEBAGAI BAHAN LAWAK? Adakah kita akan terus diam apabila Rasul tercinta yang akan memberi syafaat pada kita dipadang mahsyar nnti terus dihina?
ALLAHUAKHBAR..
Continue reading